FALSAFAH
Satu usaha berterusan berkonsepkan addin berteraskan tauhid menerusi pembelajaran dan pendidikan secara holistik dan dinamik. Bertujuan membentuk insan rabbani yang mulia berkemahiran tinggi dan realistik supaya dapat menyumbang kepada pengislaman dan peradaban masyarakat, negara dan ummah. Demi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.